Kini anda boleh mengakses laporan kehadiran kakitangan anda pada bila-bila masa dan dari mana sahaja anda berada. Sistem ini juga boleh berintegrasi dengan Sistem HRMS anda secara Webhook API. Mudah, kan?
Pekerja anda mungkin secara tidak sengaja atau sengaja membuat kesilapan dalam merekodkan masa kehadiran mereka. Ini boleh menyebabkan produktiviti yang rendah dan meningkatkan risiko pencurian masa, di mana anda mungkin membayar untuk jam yang sebenarnya tiada kerja yang dilakukan.
Jika anda masih menggunakan kaedah manual atau sistem tradisional untuk merekod kehadiran, anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mengesahkan identiti pekerja yang merekodkan kehadiran. Contohnya, pekerja mungkin merekodkan kehadiran untuk pekerja lain yang sebenarnya tidak hadir bekerja. Ini boleh membawa risiko kepada syarikat anda kerana mengakibatkan kesilapan dalam rekod kehadiran dan pengiraan gaji yang tidak tepat.
Merekod kehadiran secara manual atau menggunakan kad punch card akan memakan banyak masa untuk menguruskan rekod kehadiran dan menjana laporan.
Dengan merekod kehadiran secara manual, anda mungkin tidak dapat mengakses laporan kehadiran pada bila-bila masa yang diperlukan. Anda perlu menunggu laporan diproses dan disediakan oleh jabatan HR, yang mungkin menyebabkan pengenalpastian masalah kehadiran terlambat.
Sistem tradisional mungkin menghadkan skalabiliti, terutamanya apabila syarikat berkembang pesat dengan pertambahan pekerja dan cawangan baru.
Sistem tradisional biasanya tidak dapat diintegrasikan dengan HRMS. Ini bermakna anda perlu mendapatkan data secara manual daripada sistem kehadiran untuk dimasukkan ke dalam HRMS, menyebabkan ketidaktepatan maklumat terutamanya dalam pemprosesan gaji.
Kecil. Mudah dibawa. Tahan Lama. VFADA adalah SALAH SATU PERANTI PENGESAN KEHADIRAN MASA TERBAIK untuk semua perniagaan!
Tidak perlu tambahan peralatan atau perisian. VFADA direka untuk mudah digunakan. Hanya hidupkan, sambungkan ke rangkaian WiFi anda, dan anda sudah sedia untuk digunakan! Kemudian, anda hanya perlu mendaftarkan cap jari untuk mula gunakan sistem. Mudah, kan?
Teknologi canggih dan pantas dalam industri untuk pengenalan cap jari, dan maklumat akan disimpan di dalam memori dalaman peranti.
Selaraskan penjejak kehadiran anda dengan penyelesaian automatik yang menjana laporan Excel secara pantas dan mudah.
Peranti VFADA adalah ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja apabila diperlukan.
Peranti VFADA mempunyai bateri built-in. Oleh itu, anda tidak perlu risau lagi sekiranya menghadapi masalah ketiadaan bekalan elektrik untuk tempoh tertentu.
Jika anda memilih untuk melanggan Sistem VFADA Online, anda akan menikmati faedah-faedah berikut:
Nikmati manfaat-manfaat yang hebat ini apabila anda mula menggunakan VFADA dalam syarikat anda!
Simpan rekod kehadiran yang tepat dengan VFADA. Sistem kami mengenal pasti cap jari unik individu, sekaligus mengelakkan pekerja anda mendaftar masuk bagi pihak satu sama lain.
Ia menghapuskan risiko ketidaktepatan maklumat dan memastikan bahawa kiraan gaji anda adalah tepat berdasarkan waktu kerja yang betul.
Semak kehadiran pekerja anda dengan tepat dan simpan di dalam Cloud dengan VFADA. Peranti kami membolehkan sambungan terus ke cloud VFADA melalui Wi-Fi. Ini membolehkan anda mengakses maklumat yang tepat dan terkini pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Anda tidak lagi perlu risau tentang keperluan untuk memasukkan data secara manual atau penyimpanan data di local server.
Sistem laporan kehadiran VFADA memudahkan anda untuk mendapatkan rekod terkini dan juga laporan kehadiran pekerja dengan pantas dan mudah. Laporan kehadiran VFADA boleh diakses di mana-mana sahaja, sekaligus meningkatkan produktiviti anda dan memudahkan kerja Jabatan Sumber Manusia anda!
Jika anda ada pekerja tambahan, tambah cap jari mereka dengan mudah untuk mengesan kehadiran. Jika anda ada cawangan tambahan, tambah peranti tambahan dengan mudah dan laporan akan dibuat secara automatik! Tidak perlu bekerja lebih untuk memproses dan mengumpulkan laporan dari pelbagai lokasi yang berbeza.
Dengan integrasi API Webhook inovatif VFADA, sistem ini dapat diintegrasikan dengan sistem HRMS sedia ada anda dengan lancar. Ini akan membantu anda menyelaraskan proses, menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi anda secara menyeluruh.
Cepat, jom dapatkan VFADA pada harga promosi pengenalan sekarang!
Harga Langganan Kehadiran Masa Cloud VFADA:
*Semua harga di atas tidak termasuk SST.
Harga Langganan VFADA Cloud Time Attendance:
*Semua harga di atas belum termasuk SST.
© 2024 AUTHENTIC VENTURE SDN BHD (470336-H) SEMUA HAKCIPTA TERPELIHARA